17 Nov – Seramai kira-kira 40 orang pelajar dari Fakulti Pengurusan & Perniagaan UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor telah mengadakan lawatan sambil belajar ke MITI pada hari ini. Rombongan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Puan Hajah Norizan Mohammad dan Profesor Madya Puan Gurmeet Kaur yang merupakan Pensyarah Kanan dari Fakulti tersebut. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui secara langsung berkaitan peranan dan fungsi MITI dan Agensi.
Lawatan ini disambut oleh pihak urusetia lawatan iaitu Unit Komunikasi Strategik dan satu taklimat khas telah disampaikan oleh YBrs Puan Wan Suraya Binti Wan Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi & Pemantauan) MITI. Para pelajar juga berkesempatan mengadakan sesi soal jawab bersama YBrs Puan Wan Suraya.
Program berakhir dengan sesi fotografi dan lawatan ke Pusat Sumber MITI.



