YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri (I), MITI telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang ke Terengganu pada 6 Februari 2017. Program pada sebelah pagi bermula dengan YBTM (I) merasmikan pembukaan kilang RMK Timur Qaseh Sdn Bhd yang terletak di Ajil, Terengganu. Syarikat yang mengeluarkan 31 jenis biskut jenama “Rochinur” ini telah menerima bantuan geran Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) berjumlah RM117,000 daripada SME Corp. Turut sama hadir di majlis perasmian adalah ahli Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT).
Program sebelah petang diteruskan dengan Dialog Bersama Usahawan di Kemaman, Terengganu. YBTM (I) semasa dialognya telah menggesa para usahawan era kini perlu beralih kepada kaedah online bagi memperluaskan pasaran produk. Antara lain pengisian program adalah taklimat dari SME Corp, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan SME Bank. Program...
Read More