YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah mengadakan satu lawatan turun padang ke Avialite Sdn. Bhd. (Avialite) dan seterusnya merasmikan syarikat berkenaan. Ia merupakan salah sebuah syarikat pengeluar produk lampu Light Emitting Diode (LED) di Malaysia yang sedang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Terengganu. Avialite merupakan salah sebuah syarikat yang telah menerima insentif kewangan daripada MITI melalui SME Corp. Malaysia di bawah Entry Point Project (EPP)-10, National Key Economic Areas (NKEA) Electrical & Electronics (E&E) bagi pembinaan kapasiti dan pensijilan antarabangsa. Bantuan yang diterima membolehkan syarikat ini menerokai pasaran ASEAN seperti Indonesia dan Myanmar. Syarikat ini berjaya membuka peluang pekerjaan baharu kepada anak-anak tempatan di Kuala Terengganu, di mana kesemua 30 orang pekerja syarikat ini adalah warga tempatan.
Di bawah Program Transformasi Ekonomi, Kerajaan Malaysia telah meletakkan EPP-10 sebagai salah satu program untuk...
Read More