YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah merasmikan Program Bamboo World Xplorations 2017 (BWX 2017) pada 19 Mac di UMK Kampus Jeli. Program BWX 2017 yang julung-julung kali diadakan di Jeli, Kelantan ini berlangsung dari 18 Mac sehingga 20 Mac 2017 dan dianjurkan oleh UMK dengan kerjasama Global Innovation and Entrepreneurship Foundation (GIEF). Ianya bertujuan merapatkan hubungan antara UMK dengan masyarakat luar dalam memanfaatkan sumber alam semulajadi khususnya pengkomersilan produk buluh.
Dalam ucapan perasmian beliau, Dato’ Sri Mustapa melahirkan hasrat supaya daerah Jeli dikenali sebagai “Green Bamboo Valley” mengambilkira potensi sumber alam di kawasan tersebut seterusnya mengetengahkan hasil produk buluh tempatan di pasaran luar negara. YB Menteri turut mencadangkan UMK bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan beberapa agensi kerajaan...
Read More