YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI selaku Pengerusi Majlis Pemantauan Produktiviti Kebangsaan telah merasmikan Seminar Amalan Terbaik : Perkongsian Strategik ke Arah Memacu Inovasi & Produktiviti yang diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Menara MITI. Ianya dihadiri seramai 220 peserta. Manakala seramai 4 wakil syarikat IKS telah berkongsi kejayaan dan amalan terbaik masing-masing.
Seminar ini bertujuan untuk berkongsi kejayaan empat syarikat IKS bersama dengan penyelidik didalam pelaksanaan model kerjasama strategik iaitu; Public-Private Research Network, Sirim – Fraunhofer, Steinbeis Malaysia Foundation dan PlatCOM Ventures Sdn Bhd.
Ia juga merupakan platform bagi memperoleh maklumat dan meninjau peluang kerjasama antara agensi kerajaan bagi mempertingkat keupayaan dan mutu pengeluaran serta perkhidmatan.
Dalam ucapan perasmiannya, YBM berkata “Di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), Kerajaan telah menetapkan sasaran bagi mencatatkan pertumbuhan...
Read MoreTag Archives: iks
Majlis Perasmian Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 3.0) anjuran SME Corp. Malaysia telah diadakan di seluruh negara secara serentak bertempat di sepuluh Kem Latihan Khidmat Negara dan Kem PLKN Ayer Keroh, Melaka telah menjadi lokasi utama Majlis Perasmian ini diadakan. Program ini diadakan bagi mengalakkan budaya keusahawanan melalui latihan ‘boot camp’ dan bengkel perniagaan secara intensif. Majlis pelancaran yang telah berlangsung dengan jayanya ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka, YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia.
The Opening Ceremony of Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 3.0) that is organised by SME Corp. Malaysia was held across the country simultaneously at ten National Service Training Camps. The program is organised to promote the culture of entrepreneurship through 'boot camp'...
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II, Dato’ Seri Ong Ka Chuan merasmikan pameran dan persidangan ‘Ekspo Solusi IKS 2016 yang dianjurkan oleh majalah SME terbitan Business Media International pada 30 September, 2016.
Dalam ucapan perasmiannya, YBM II berkata ‘syarikat—syarikat IKS perlu mengambil kesempatan daripada kebangkitan Negara China terutama melalui inisiatif laluan ekonomi ‘Belt and Road’ Negara itu. Juga dengan kedudukan strategik Malaysia di pintu masuk pasaran ASEAN.
Ekspo Solusi IKS 2016 mengumpulkan lebih 100 vendor yang pakar dalam bidang teknologi, akses-pasaran, pembangunan keupayaan dan pembiayaan untuk IKS. Di Ekspo ini jugaDatuk J. Jayasiri, KSU MITI diberi peluang menyampaikan ceramah kepada pemilik IKS dan syarikat-syarikat yang menghadiri FORUM CEO IKS.
/2016-09-29-PHOTO-00000038.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00012297.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00000042.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00000045.jpg)
YB Menteri II Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Dato' Seri Ong Ka Chuan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Puan Niale Kaba, Menteri Perancangan dan Pembangunan Côte d'Ivoire, diiringi oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Perancangan dan Pembangunan, Pejabat Presiden Republik, Program Pelaburan Awam, Côte d'Ivoire, serta pegawai-pegawai Perwakilan Tetap United Nation Development Programme (UNDP) di Malaysia dan Côte d'Ivoire pada 26 September 2016 di Menara MITI, Kuala Lumpur. Kunjungan hormat tersebut merupakan sebahagian daripada program lawatan sambil belajar mereka ke Malaysia untuk menimba pengalaman Malaysia dalam memacu transformasi kerajaan dan ekonomi negara, serta sebagai persediaan untuk menganjurkan International Conference on the Emergence of Africa Kedua pada tahun 2017.
YB Dato' Seri Ong Ka Chuan berkongsi penglibatan Malaysia dalam kerjasama ekonomi seperti ASEAN dan APEC, inisiatif liberalisasi di bawah Perjanjian...
Read More