Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama dengan Unit Komunikasi Korporat agensi di bawah MITI telah mengunjungi Google Kuala Lumpur pada 8 Mac 2017, bertempat di Menara Axiata, KL Sentral, Kuala Lumpur.
Antara pengisian lawatan adalah sesi taklimat mengenai bagaimana platform Google dan Waze boleh membantu meningkatkan publisiti dan promosi kempen yang dikendalikan pihak kementerian dan agensi. Taklimat disampaikan oleh Encik Daren Yoong dan Encik Edward dari Bahagian Pemasaran dan Jualan.
Kunjungan ini secara tidak langsung telah memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk meningkatkan jaringan suai kenal dan membuka ruang untuk kerjasama erat di masa akan datang. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan lawatan sekitar pejabat Google.