Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa MITI dan Agensi Bersama YB Menteri pada 5 Jun 2017 (Isnin) bersamaan 10 Ramadhan 1438H bertempat di dewan Perdana, Menara MITI.
Tujuan majlis berbuka puasa ini diadakan adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadhan disamping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan warga MITI dan agensi. Antara pengisian majlis tersebut ialah, perkongsian ilmu bersama penceramah jemputan Mejar Nizam Bin Dato’ Ahmad Tarmizi, Ketua Imam Masjid, Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan Malaysia dan jamuan berbuka puasa bersama YB Menteri.
Selain ceramah, Solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjamaah diadakan di Surau Ar-Rahman, Aras 3, Menara MITI. Seramai kira-kira 20 orang pelajar Tahfiz Darul Furqan Kuala Lumpur turut diraikan dalam majlis berbuka puasa ini dan menerima sumbangan daripada YB Menteri. Turut hadir bersama mengiringi YB Menteri ialah YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri...