Pada 28 Mac 2017 telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Fast Track Cyberpreneur YAMM bertemakan “Creation of Millionnaires Generation” (FTCY) yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI.
Program yang diadakan di Dewan Perdana MITI itu telah dihadiri oleh 200 usahawan bumiputra daripada seluruh negara. FTCY merupakan inisiatif khas yang diilhamkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi bumiputra selain memperkasakan agenda ummah.
Sepanjang program berlangsung, para usahawan telah didedahkan mengenai peluang-peluang dana dan produk daripada SME Bank untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke peringkat global yang telah disampaikan oleh Encik Aliman Ali, Ketua Pembiayaan Program SME Bank. Para usahawan juga telah didedahkan mengenai bantuan yang akan diberikan oleh pihak Project Management Team (PMT) yang dilantik oleh YAMM untuk membantu para usahawan...
Read More