Shah Alam, 19 Mei 2017 – Selari dengan pelaksanaan Blueprint Produktiviti Malaysia yang menyasarkan pertumbuhan minimum produktiviti buruh pada kadar 3.7 %, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah berjaya menganjurkan Creanova Lean 2017 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan.
Program Creanova ini merupakan sesi perkongsian amalan terbaik projek-projek pengurusan Lean yang telah dilaksanakan oleh organisasi sektor awam dan swasta yang memberi impak besar terhadap organisasi masing - masing.
Di dalam program yang sama, 26 syarikat PKS telah menerima sijil tamat projek bagi Program Pembangunan Vendor kerjasama dengan MITI dan Program Transformasi Lean untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PTL-PKS) yang dilaksanakan bersama dengan SME Corp.
Majlis penutup di sempurnakan oleh Ketua Pengarah MPC, Dato’ Mohd Razali Hussain dan 3 anugerah terbaik telah diberikan kepada organisasi yang telah mengikut...
Read More