Pada 9 Ogos 2017, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Ahmad Maslan bersama-sama Ahli Pengurusan SME Corp. Malaysia, telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd yang merupakan pengeluar utama jenama Siti Khadijah bagi penghasilan busana muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia dengan reka bentuk wajah yang unik dan inovatif. Syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd juga turut menerima Anugerah Perdana dan Anugerah Pemasaran Digital Terbaik di Anugerah PKS Patuh-Syariah Bank Islam-Utusan 2017 dan pemenang Enterprise 50 2016.
Selari dengan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pendigitalan PKS, Kerajaan mensasarkan PKS untuk lebih berdaya tahan melalui penambahbaikan di dalam sistem perniagaan atas talian dan aktiviti e-pembayaran. Lawatan rasmi ini merupakan satu medium perantara bagi Kerajaan untuk melihat sendiri perkembangan PKS selain daripada memberikan cadangan penambahbaikan kepada perusahaan mereka...
Read More