- Program Klinik Usahawan Bumiputera yang diadakan pada 15 November 2016 di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (Industri) Program ini adalah anjuran Pejabat MITI Wilayah Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat SME Corp Pulau Pinang, Kedah/Perlis dan Perak. Program ini juga turut disertai oleh Agensi-agensi MITI serta Agensi-agensi pembangunan keusahawanan seperti MARA, TEKUN, PUNB, TERAJU, MyIPO dan Agrobank.
- Objektif program ini adalah memperkukuhkan proses handholding pembangunan usahawan Bumiputera terutama yang menerima bantuan kewangan dan manfaat daripada MITI dan Agensi. Selain itu, ia juga merupakan salah satu program touch points YB Menteri MITI ke arah memperkasa pembangunan ekonomi Bumiputera. Program ini juga akan menjadi landasan kepada usahawan-usahawan Bumiputera untuk mendapatkan dana serta modal untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.