Mesyuarat Majlis Perundingan Program Pembangunan Vendor (MPPPV) telah diadakan pada 20 April 2017. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi Kerajaan dan syarikat-syarikat anchor.
Mesyuarat MPPPV kali ini juga menyaksikan penyertaan syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd sebagai syarikat anchor mulai tahun 2016. Sehingga April 2017, dua (2) syarikat anchor baharu iaitu Sime Darby Property Sdn. Bhd, dan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. telah menyertai PPV. Majlis penyerahan Memorandum of Understanding (MoU) di antara MITI dengan ketiga-tiga syarikat anchor tersebut turut diadakan pada hari ini.
Bersempena dengan mesyuarat ini, MITI juga telah melancarkan sistem repositori vendor Bumiputera iaitu Vendor Info System atau VIS. Sistem ini membolehkan pihak Kementerian, agensi teknikal, syarikat anchor dan vendor mendapatkan maklumat terkini serta...