YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri), MITI merasmikan pelancaran kilang Scientex Great Wall Sdn Bhd di Halal Hub Selangor, Pulau Indah. Scientex Great Wall Sdn Bhd, dengan pelaburan Bi-axially Oriented Polypropylene Plant atau ringkasnya BOPP bernilai RM250 juta adalah usaha sama antara Scientex Berhad dan Futamura Chemical dari Jepun. Scientex kini berkembang maju dalam segmen pembungkusan pengguna. Kilang BOPP baru di Pulau Indah ini mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 60,000 tan metrik, menjana jualan serantau potensi RM450 juta setahun apabila mencecah kapasiti penuh. Kemudahan baru akan menawarkan pelbagai produk komprehensif film pembungkusan pengguna, dan membolehkan Scientex untuk mengembangkan pasarannya dalam pasaran makanan dan minuman di Malaysia dan Asia Pasifik. Kilang BOPP yang baru ini direka dari awal pembinaan dengan mengambilkira kejuruteraan berdasarkan premis Japan Quality, South East Asian Cost.






