Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama agensi-agensi di bawahnya telah mengadakan program Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 daerah Pontian, Johor Darul Takzim. Program ini bertujuan membantu mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan usahawan PKS di daerah Pontian, memberi pendedahan kepada usahawan mengenai bentuk bantuan yang disediakan, mewujudkan rangkaian kerjasama antara usahawan dan mewara-warakan fungsi Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kemanterian kepada masyarakat setempat.
Program Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017 daerah Pontian ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Industri MITI pada 25 Februari 2017, jam 10.00 pagi.
Program ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat setempat dan pengunjung daripada dalam dan luar daerah Pontian. Antara aktiviti yang diadakan adalah MINI Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka, pameran dan jualan usahawan PKS...
Read More