Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini menerima kunjungan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Bersama YAB Perdana Menteri & Penerima Manfaat CUEPACSCARE yang berlangsung di Dewan Perdana MITI jam 1.00 tengahari.
Program anjuran Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Didalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri MITI, YB Datuk Hj. Ahmad Bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri (Industri) MITI, Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri J. Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI dan Datuk Azih Bin Muda, Presiden CUEPACS.
Semasa berucap dihadapan kira-kira 1000 orang ahli CUEPACS, YAB Perdana Menteri mengumumkan kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful Cuepacscare bagi menampung peningkatan kos rawatan kesihatan Penjawat awam.
CUEPACSCare adalah program takaful...
Read More