LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN MENTERI (INDUSTRI) MITI KE PREMIS KILANG SIPRO PLASTIC INDUSTRIES SDN BHD (SPI), RAWANG, SELANGOR
11 Ogos 2016 – Y.B. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd. (SPI) hari ini bermula dari jam 2.00 – 4.00 petang. Lawatan ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada MITI dan Agensi.
Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kejayaan syarikat dalam industri pembuatan dan peralatan berasaskan plastik untuk industri automotif, telekomunikasi, elektrik dan elektronik. Syarikat ini telah diberikan kemudahan pinjaman oleh Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), salah sebuah agensi di bawah MITI melalui Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM) yang merupakan usaha Kerajaan bagi membantu syarikat tempatan meningkatkan tahap kecekapan pengeluaran dan tahap daya saing. Kemudahan...
Read More