YB Dato 'Seri Mustapa Mohamed, Menteri MITI, telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah pada 27 Ogos 2016. Semasa lawatan ini YB Menteri menghadiri sesi ‘Town Hall’ bersama PKS. Program ini dianjurkan bersama oleh SME Corp Malaysia dan Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID), Sabah. Sesi ‘Town Hall’ ini telah dihadiri oleh lebih daripada 500 peserta yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, usahawan mikro, kecil dan sederhana serta NGO yang mewakili lebih daripada 40,000 PKS di negeri Sabah. Turut hadir dalam program ini Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Perindustrian. Turut hadir sama ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Puan K. Karunajothi dan Setiausaha Tetap MID Sabah, Datuk Hashim Paijan. Semasa Sesi ‘Town Hall’, YB Menteri memberi taklimat mengenai status pembangunan PKS di Sabah dan program-program bantuan kerajaan. Beliau juga memberi taklimat mengenai Akta PKS yang sedang...
Read More