LAWATAN KERJA RASMI Y.B DATUK HJ AHMAD BIN HJ MASLAN, TIMBALAN MENTERI (INDUSTRI) MITI KE SYARIKAT FRIZ & FRY FOOD INDUSTRIES DAN SYARIKAT RYVERRA CHOCOLATE & CONFECTIONERY SDN. BHD, AMPANG, SELANGOR AMPANG, SELANGOR YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengadakan lawatan kerja rasmi ke Syarikat Friz & Fry Food Industries dan Syarikat Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. pada 25 Ogos 2016. Kedua-dua syarikat ini merupakan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah industri makanan dan minuman (F&B). Lawatan ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada MITI serta agensi di bawahnya.
Friz & Fry Food Industries merupakan sebuah syarikat pengeluar kuih muih tradisional secara sejuk beku manakala Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd. pula merupakan syarikat pengeluar coklat buatan Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau kejayaan kedua-dua syarikat dalam...