Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II, Dato’ Seri Ong Ka Chuan merasmikan pameran dan persidangan ‘Ekspo Solusi IKS 2016 yang dianjurkan oleh majalah SME terbitan Business Media International pada 30 September, 2016.
Dalam ucapan perasmiannya, YBM II berkata ‘syarikat—syarikat IKS perlu mengambil kesempatan daripada kebangkitan Negara China terutama melalui inisiatif laluan ekonomi ‘Belt and Road’ Negara itu. Juga dengan kedudukan strategik Malaysia di pintu masuk pasaran ASEAN.
Ekspo Solusi IKS 2016 mengumpulkan lebih 100 vendor yang pakar dalam bidang teknologi, akses-pasaran, pembangunan keupayaan dan pembiayaan untuk IKS. Di Ekspo ini jugaDatuk J. Jayasiri, KSU MITI diberi peluang menyampaikan ceramah kepada pemilik IKS dan syarikat-syarikat yang menghadiri FORUM CEO IKS.
/2016-09-29-PHOTO-00000038.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00012297.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00000042.jpg)
/2016-09-29-PHOTO-00000045.jpg)