Tag Archives: GENTA
MAJLIS GENTA BAHASA III 2016
MITI telah dianugerahkan pensijilan Audit Memartabatkan Bahasa Melayu 2016 sempena MAJLIS GENTA BAHASA III 2016 (MGB-III) yang diadakan pada 8 Disember 2016, di Auditorium Perdana, Wisma Radio Angkasapuri.
Timbalan Ketua Setiausaha, Puan Wan Suraya Wan Mohd. Radzi menerima anugerah itu bagi pihak MITI. MITI bersama-sama dengan Kementerian Luar Negeri, turut mengadakan pameran bagi kategori persada antarabangsa di majlis tersebut.
MGB-III adalah acara penghargaan terhadap perkhidmatan awam dan menandakan berakhirnya Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2016. Antara komponen MGB-III adalah pensijilan Audit Bahasa, pentauliahan dan pelantikan Munsyi Muda Bahasa, anugerah-anugerah khas yang berkaitan dengan Bahasa Melayu, penyampaian hadiah pertandingan Gegar Pidato dan persembahan teater muzikal Geroda.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
MITI was... Read More