Tag Archives: BOOK REVIEW
Sesi Book Review di bawah Program MITI Talent Pool telah diadakan pada 8 Jun 2017 di Pusat Sumber MITI, Aras 2, Podium, Menara MITI. Tujuan program ini diadakan adalah untuk penambahbaikan kemahiran berfikir dan menganalisis data serta kemahiran berkomunikasi dalam membuat penyampaian sesuatu topik secara ilmiah. Pada kali buku “Japanization: What the World Can Learn from Japan’s Lost Decades” karangan William Pesek berkaitan isu kelembapan ekonomi Jepun dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk bersaing di peringkat global telah menjadi pilihan Encik Aiman Wong dari Bhg. Dasar dan Rundingan Pelbagaihala. Puan Hamizah Farhana Hussein dari Bahagian Pembangunan Sektor Perkhidmatan pula telah memilih buku “The Great Divide” karangan Joseph E. Stiglitz berkaitan hujah mengapa ketidaksamaan di Barat meningkat. Program ini telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan kakitangan MITI iaitu seramai 31 orang.






Read More

2265 Views
Hari Bersama Pelanggan Pusat Sumber telah diadakan pada 30 Mac 2017 di Pusat Sumber MITI, Aras 2, Podium, Menara MITI. Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk mempromosi dan memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sumber melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Beberapa aktiviti keilmuan dilaksanakan seperti Pertandingan Info Hunt, Book Review, Taklimat Pangkalan Data, Pertandingan Dart Ilmu, Kuiz dan lain-lain. Jualan dan pameran buku oleh Farana Resources dan Innowawasan Sdn. Bhd. serta produk PKS oleh Radiusite turut diadakan. Program telah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 106 orang telah hadir ke program ini terdiri daripada Warga MITI dan Agensi. YBhg. Datuk Seri J. Jayasiri, Ketuasetiausaha MITI dan beberapa orang Pengarah Kanan telah hadir sama sebagai tanda sokongan pihak pengurusan kepada program keilmuan dan pembelajaran sepanjang hayat.
Sesi Book Review di bawah Program MITI Talent Pool telah diadakan bersekali...
Read More

987 Views